
Dulu pasangan pelakon Jue Aziz dan Jehan Miskin pernah digelar pasangan belangkas kerana ke mana sahaja pergi, mesti berdua. Ke mana-mana malis hiburan, malah sering keluar bersama-sama. Mereka juga sering berlakon bersama. Kini segala-galanya telah tiada apabila hubungan cinta terputus di tengah jalan.
Apabila tidak bersama, Jue juga jadi buruan media untuk mendengar penjelasannya dan apa situasinya sekarang. Jue tak takut dan sedia bercerita. Jauh di lubuh hatinya terasa pedih dengan perpisahan. Apatah lagi Jue menganggap Jehan ialah cinta pertamanya.
(PEGANGAN ERAT MAKNA CINTA)
(JELINGAN KASIH SAYANG YANG TAK KEMANA)
"Saya dah beri harapan sepenuhnya... tapi nampaknya segalanya tidak menjadi. Jadi selepas ini saya kena berhati-hatilah sebelum mencurahkan sepenuh perhatian kepada lelaki," kata Jue, 25, semasa ditemui di majlis Malaysia Bridal Gown Designers Showcase di Great Eastern Mall, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 18 April 2008.
Jue juga menjadikan pengalaman itu sebagai iktibar agar tidak terlalu mendedahkan hubungan kasih kepada pengetahuan umum. Dia bimbang perkara yang sama berulang lagi. Kini dia fokus kepada kerjaya. Jue makin giat berlakon dan yang terbaru drama bersiri Jangan Main Belakang terbitan MIG Beats Sdn.Bhd..
"Saya belum ada sesiapa lagi... biarlah ia ikut flow. Kemungkinan untuk kami kembali pun tak ada... saya tahu keputusan yang saya dah buat ini" kata Jue.
( CUN LAGI BERGETAH TETAPI TIADA SIAPA YANG INGIN KAN SAYANG NYA!)